CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 15, 2007

iskandar journal

Setakat saat ni alhamdulillah tak ada kes. Hari ni adalah hari pertama aku oncall dalam tahun ni. Sejarah tu...petanda baiklah untuk permulaan aku oncall tahun ni. Mintak berkekalanlah tahun ni aku oncall tak banyak kes. Amin...

Pagi tadi ada mesyuarat pengurusan jabatan. Dari 8.30am sampai pukul 11am. Selamat aku tak mengantuk. Aku duduk berhadapan dengan big bos aku. Mana tak nya tempat tu aje kosong. Tu lah lain kali mai awal baru dapat pilih tempat duduk. Mesyuarat berlangsung dalam keadaan santai. Tak macam sebelum ni, mesti ada kena marah atau kena herdik. Tu yang semua malas nak pergi mesyuarat. Bila dengar mesyuarat pengurusan aje semua ketar lutut. Macam-macam alasan diberi, kalau boleh tak nak pergi. Kadang-kadang dah jadi macam bahan lawak antara kami kat sini. Aku setakat ni tak pernah kena marah atau kena herdik dalam mesyuarat. Jabatan aku line baik punya. Semua mudah, siap jadi contoh untuk unit lain. Tapi ketar juga lutut nak pi mesyuarat.

Petang tadi aku shopping kat Alamanda Putrajaya. Ajak Anuar dengan Sahak. Sahak bawa bini ngan baby dia. Geram aku tengok baby dia. Aku ngan Anuar shopping gila-gila. Sahak cuma beli walker untuk baby dia. Baru 3 bulan dah nak ajar berjalan? Budak tu baru belajar meniarap. Lantak hang lah labu... Shopping habis dalam RM200. Beli barang makan aje. Balik dalam pukul 9.30pm tadi. Ramai juga budak-budak handsome kat putrajaya ni. Teruja aku bila bertentang mata dengan diaorang. Anuar pulak meliar mata dia tengok anak dara yang cun-cun. Tapi hari ni ramailah mak-mak datin keluar. Hari diaorang keluar shopping kot, sebab selama ni ada jumpa juga tapi jaranglah yang ala-ala mak datin macam hari ni.

Pagi ni aku dengar berita ada 2 orang mati masa mandi kat Telaga Tujuh Langkawi. Takutlah pulak aku dengar. Bulan April ni aku dah book flight nak ke Langkawi. Cuti 3 hari 2 malam kat sana. Telaga Tujuh antara destinasi terpilih untuk aku lawati. Last aku pi Langkawi kalau tak silap masa tahun 1999 dengan ex-bf aku. Banyak kenangan kat sana.

Telaga tujuh adalah destinasi terawal aku lawati bila sampai kat sana dulu. Best mandi berpelukan dengan abang kat salah satu kolam tu, pakai spender aje kami berdua. Masa aku datang dulu tak ada orang langsung. Ialah bukan cuti sekolah. Jadi taklah serabut sangat. Kami pulak masa tu tak bawa baju basahan. Teringin sangat nak mandi. Last-last aku dengan abang mandi dengan spender aje. Stim juga mandi berpelukan masa tu. Lama juga aku berendam.

Nak panjat bukit ke Telaga Tujuh tu punyalah tinggi, sampai kami berhenti beberapa kali ambil nafas. Rasa macam nak turun semula aje. Tapi macam ada semangat yang suruh kami panjat juga sampai atas. Bila sampai ke puncak memang berbaloi. Pemandangan cantik gila. Air pulak sejuk. Tu yang tak tahan godaan nak berendam tu. Orang kata tempat tu keras. Tapi selamat tak jadi apa-apa kat aku ngan abang masa tu.

Batu kat sana memang licin, berlumut. Kalau tak berhati-hati boleh tergelincir. Aku ingat lagi masa tu ada menara pemerhati kat situ. Abang panjat sampai atas. Aku ingat lagi lambaian dia kat aku masa tu. Aku tak panjat. Alah cukuplah panjat bukit setengah nyawa, ni nak panjat menara pemerhati pulak. Mintak maaflah...

Mintak-mintak Allah selamatkanlah percutian aku nanti. Kalau jadi pergi bulan April ni dengan izin Allah, bermakna inilah kali kedua aku menjejakkan kaki aku ke bumi langkawi. Tempat yang penuh dengan kenangan untuk aku. Tempat percutian bulan madu pertama aku dahulu.

3 orang telah bersuara:

lelaki melayu said...

kasi ur email

Tuan Iskandar said...

iskandar_tuan@yahoo.com.my

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca je kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.