Thursday, September 10, 2009
iskandar journal
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 9:41:00 PM 3 orang telah bersuara
Wednesday, September 09, 2009
iskandar journal
Aku ajak Rosni dan Zira lepak-lepak rumah aku sebelum diaorang pulang. Penat juga hari ni. Bukan penat apa, lepas makan perut kenyang. Maknanya aku nak tido dah sekarang. See u than.
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:10:00 PM 0 orang telah bersuara
Tuesday, September 08, 2009
iskandar journal
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 9:10:00 PM 0 orang telah bersuara
Monday, September 07, 2009
iskandar journal
Dan seperti yang aku janjikan dulu, dengan lafaz Bismillah, aku secara rasmi pada hari ini membuka semula blog ini untuk umum (sambil memotong riben, tepuk tangan-tepuk tangan kuat-kuat). Hahaha...
Sempena bulan puasa ni aku nak cerita bab pasar ramadhan dan makanan. Daripada 17 hari berpuasa kebanyakannya aku berbuka kat rumah awek aku. Berbuka dengan Mike (seseorang yang akan aku ceritakan dalam blog lagi satu) adalah beberapa kali dan makan sendiri pun cuma dalam beberapa hari. Seronok makan ramai-ramai bulan puasa ni, tapi kalau dah terpaksa makan sorang nak buat macam mana. Keseronokannya mungkin kurang sikit.
Pasar ramadhan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Selain pasar ramadhan yang besar, peniaga tepi jalan pun ramai. Tahun ni banyak pasar ramadhan yang aku singgah berbanding tahun lepas. Mungkin awek aku punya pasal lah aku terjebak ikut sekali. Setiap hari akan terfikir nak ke mana pulak untuk beli juadah berbuka petang nanti. Pasar ramadhan yang aku dah pergi adalah di Putrajaya, dekat Uniten, Bangi, Seri Serdang, Sungai Ramal Kajang, Sungai Chua Kajang, Taman Equine Seri Kembangan dan dua tiga pasar lagi sekitar tempat aku.
Dan kalau cerita bab makanan memang semuanya nampak sedap bila dah lapar. Kadang-kadang nak kata membazir tak juga, walhal banyak gila aku beli. Habis juga semua makanan tu aku makan. Aku percaya bila tiba bulan puasa ni ramailah yang mengidam macam-macam. Dan time nilah mula mencari makanan yang diidamkan tu. Betul tak?
Aku pun sama juga, tapi alhamdulillah setakat ni semua makanan yang aku nak makan, aku dah beli. Harga memang tak ingat. Berkampit-kampit beg plastik diusung bila membeli juadah. Asal dapat puaskan tekak ni kira dah ok. Berat badan aku dari 59kg naik 63kg lepas sahur, kemudian turun semula sekitar 59kg atau 60kg sebelum berbuka. Apa taknya, time berbuka dan sahur berapa banyak makanan yang disumbat dalam perut ni. Sendiri mau ingat. Dalam bulan ni juga pasti ramai yang nak diet. Lupakan ajelah. Kalau berjaya tu, aku ucapkan tahniah. Makanan untuk bulan puasa ni melimpah luah.
Hari pertama puasa aku oncall. Selamatlah tak terasa sangat. Pertama kali aku berbuka kat rumah bakal mak mertua aku. Hehehe... petang tu awek aku masak nasi goreng kangkung dengan beberapa lauk. Aku cuma singgah beli dua jenis kuih sebagai buah tangan. Nak beli apa pun aku tak tahu. Lepas bebuka aku terus balik. Ada kes lah.
Pada 27 Ogos lepas first time aku bebuka berdua dengan awek aku (nak kata berdua pun tak juga sebab ada 2 orang student yang kacau daun bebuka bersama). Jadi kami berempatlah kiranya. Tu pun makan dalam pantry pejabat dia. Banyak gila makanan dok borong, awek aku ni bab menunjuk makanan sedap aje, semua dia nak borong. Selamatlah hari tu ada student, boleh kongsi makanan yang banyak gila tu dengan diaorang. Korang perhatikan senarai ni, murtabak, roti arab, rangka ayam, kepak ayam madu, tongkeng ayam, popiah otak-otak, cucur udang, kek coklat, nasi dengan gulai kawah dan air cendol. Kalau ikutkan memang kenyang gila masa berbuka tu. Sampai tak larat nak bangun.
Pada 28 Ogos malam lepas berbuka Mike datang rumah untuk teman aku. Pada pagi 29 Ogos, first time aku sahur dengan Mike. Makan simple aje, nasi kosong, ikan kering dengan gulai kawah, air teh bunga.
Pada 3 September lepas aku berbuka di PICC, Putrajaya dengan awek dan budak-budak tempat dia bekerja. Bebuka ramai-ramai lah kiranya. Suasana cukup selesa dengan makan diiringi persembahan live dari pemain muzik. Dari waktu berbuka hingga jam 930pm kami dok lepak situ. Dari makanan yang ringan sampai ke berat dan pencuci mulut, semua aku kebas. Bukan apa, nak rasa. Ambik pun bukannya banyak, ambik sikit-sikit semua, jadi semua boleh sumbat dalam perut. Nak kata sedap tu subjektif sangat. Marah awek aku bila aku kata tak sedap. Dah lidah kita lain-lain, bagi aku makanan kat pasar ramadhan lagi sedap sikit dari situ. Bukan nak kutuk tapi dah lidah kita pernah rasa yang sedap tetiba rasa makanan yang dimasak macam biasa, jadi korang fahamlah apa yang cuba aku nak komen.
Aku tak pasti bilalah pulak bebudak kat jabatan aku nak bebuka sekali. Rancang punya rancang masih tak menjadi juga. Tahun lepas kami berbuka kat Nim Cafe Bangi. Big Boss aku dah cadangkan sabtu ni untuk berbuka kat rumah dia. Macam tahun lepas mesti ada terawih sekali. Makan best juga.
Hari ni aku berbuka seorang diri. Plan mulanya nak beli baju raya dengan awek aku. Jadi mungkin berbuka kat luar atau rumah dia. Last-last tak jadi. Aku pi bantai tido seharian hari ni. Selangor kan cuti Nuzul Quran hari ni. Kiranya balas dendam tido yang minggu lepas punya lah ni. Pukul 530pm baru aku bangun. Tido lepas zohor tadi, ingat nak baring-baring aje, last-last terlelap terus. Aku beli makanan untuk berbuka hari ni kat pasar ramadhan Taman Equine aje. Aku beli nasi putih, sotong dengan ikan pari bakar, sotong pedas, ikan keli masak asam pedas, murtabak, sayur kacang panjang goreng, murtabak dan air ABC. Banyak lauk, aku gatah aje. Nasik makan separuh aje. Tak larat hari ni nak habiskan. Jawabnya sahurlah aku bedal sekali lagi.
Tadi aku keluar minum dengan E. Tak berkesempatan lagi nak berbuka puasa dengan dia sepanjang ramadhan ni. Kalau aku free dia sibuk, kalau dia free aku pulak sibuk. Keluar minum lepak kedai mamak tadi pun dah ok. Banyak benda juga kami borakkan. Tadi juga aku singgah beli DVD. Bosan kat rumah, sekarang ni Astro pun tak ada cerita best. Nak beli DVD pun tak ada yang best. Jadi aku belilah DVD yang aku tak sempat tengok. Yang penting dah lama aku cari cerita hantu cina lompat-lompat, baru jumpa (yang berkualiti maksud aku, biar pun yang cetak rompak punya tapi gambar mau terang maaa...). Teringat masa bebudak dulu. Kat TV selalu main cerita hantu cina lompat-lompat ni. Sekarang dah tak ada, dan susah aku nak cari DVD nya sekitar sini. Aku beli cerita Korea dua set, 6 lagi aku beli cerita biasa.
Oklah aku nak lepak dulu layan DVD. Korang layan lah buka blog aku ni hari-hari lepas ni. Blog yang lagi satu akan aku hidden kan selepas ni. Mungkin sampai sabtu ni. Jadi kepada 100 orang yang memohon awal dan aktif sahaja akan aku invite untuk blog tu. Jangan risau sebab kali ni aku tak perlukan biodata korang macam dulu, tapi korang kena sumbangkan gambar atau video xxx setiap bulan untuk blog tu. Kalau siapa tak hantar pada bulan tu, amaran selama 10 hari akan diberi sebelum aku kick korang dari blog tu. Jadi yang tak dapat masuk pada mulanya dalam 100 orang pertama jangan risau, korang tunggu ajelah kekosongan kerusi yang akan ada, aku akan maklumkan (macam SPR pulak rasanya). Syarat-syarat penyertaan akan aku keluarkan kepada siapa yang nak memohon. Email aje kat aku.
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 11:55:00 PM 2 orang telah bersuara
Saturday, August 22, 2009
iskandar journal
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 3:35:00 AM 0 orang telah bersuara
Friday, July 24, 2009
iskandar journal
Aku jadi penat hari ni sebab terpaksa banyak cakap. Big boss aku tak ada orang lain dia nak cari. Aku juga. Mentang-mentanglah aku banyak cakap. Terpaksalah aku memberi keterangan setiap prosedur yang berlaku masa sessi lawatan. Dan bayak prosedur pengurusan aku terpaksa jawab. Penat bagi aku tapi berpuas hati dengan setiap soalan yang diaorang tanya. Ada tindak balaslah kiranya, bukan komunikasi satu hala aje.
Hari ni aku jumpa Sumar. Secara kebetulan. Dah lama aku tak jumpa dia. Lama juga dia dok lepak ngan aku. Sejak kali terakhir jumpa dengan dia, dia masih macam dulu. Malu-malu time jumpa aku. Dia pun banyak story nak cerita. Aku layan aje. Sempat dia usap rambut aku. Aikkk...apa kes? Kemudian perbualan kami terbehenti sebab member-member aku datang. Tak puas rasanya berbual dengan dia. Mungkin di lain masa dapat jumpa dia lagi. Bila? Aku tak tahu.
Petang tadi aku kena cover member aku oncall. Dahlah plan asalnya lepas kerja, nak makan ngan awek aku. Terpaksalah dia tunggu. Dalam 6pm lebih baru selesai kerja aku. Aku ambik awek aku, kami pergi makan. Mulanya nak makan stik. Dah masing-masing kenyang, kami pergi Sungai Ramal Dalam kat area Kajang untuk makan sate. Kat sana ada satu kedai sate yang sedap. Kalau lambat, jawabnya habis nanti. Kalau korang kata Sate Kajang, mungkin bukan. Bagi aku yang dah biasa makan Sate kajang rasa dia dah tak best macam dulu.
Disebabkan aku penat, jadi aku tak banyak cakap sangat. Awek aku pulak banyak cakap. Aku dengar ajelah. Masa nilah dia boleh banyak cakap, dan aku boleh jadi pendengar yang baik. Kalau tak aku banyak komen setiap isu dia. Tu yang selalu gaduh. Kali ni aku bagi dia bercakap. Cakap ajelah, selagi dia nak bercakap, padahal kadang-kadang fikiran aku melayang juga. Jadi blur, ialah penat sangat.
Aku sampai rumah dalam jam 8pm. Baring-baring terlelap, letih sangat. Sakit juga badan ni. Kalau kena urut sedap juga. Letihlah bangun ni pun tak selesa sangat. Tido tadi tersalah leher. Sakit leher aku. Tapi aku buka PC chat ngan member-member. Korang kalau nak chat ngan aku, online aje YM nanti insyallah aku ada kat sana. Ada cerita tentang Aku Seorang Lelaki lagi malam ni. Korang pi blog baru aku nanti.
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 4:15:00 AM 0 orang telah bersuara
Monday, July 20, 2009
iskandar journal
journal ini telah di conteng oleh Tuan Iskandar pada 7:28:00 AM 4 orang telah bersuara