CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 22, 2009

iskandar journal

Dah lama aku tak update blog ni. Bising korang kat aku ye... Sorylah, aku malas juga nak update blog ni. Aku rasakan penat dalam masa kebelakangan ni. Banyak aktiviti juga aku lakukan. Penuh sikitlah jadual aku.
Sebelum aku nak berceloteh perkara lain aku nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog aku ni. Semoga Ramadhan ni korang semua mendapat fadhilah dan keredhoaannya. Yang penting jangan ponteng puasa. Kalau nafsu naik pun cuba kawal sampai waktu berbuka. Baru lah tunaikan amarah nafsu tu. Aku maksudkan nafsu makan ye kawan-kawan, bukan nafsu adik botak dalam seluar tu. Adik botak punya amarah, aku tak dapat tolong, jawab sendiri.
Minggu yang lepas-lepas aku sempat ke Tioman dengan kawan-kawan aku. Seronok tetapi aku kepenatan. Kalau nak kata bab cuci mata memang bersih dah mata aku ni. Mat Salleh bersepah, sakit mata tengok. Malas nak cerita, korang pi sendiri lah kalau tak caya.
Dalam beberapa minggu yang lepas juga aku bertemu seseorang yang membuka lembaran baru dalam hidup aku. Dia menceriakan aku, dan mengajar aku tentang erti setia untuk sekali lagi dalam hidup aku. Sudah lama perasaan itu tiada dalam hati ini. Dia berjaya meyakinkan aku tentang ketulusan hati. Thanks.
Dan aku nak habaq mai, dalam masa ni aku cukup sibuk dengan kerja. Kenapalah dalam beberapa minggu kebelakangan ni tempat kerja aku jadi meriah. Meriah dengan pelbagai perkara. Sampaikan aku rasa bosan nak bekerja. Dan kali ke berapa aku nak tanya korang, SIAPA YANG MEMANDAI-MANDAI CIPTA KERJA? Kalau duduk rumah duit datang bergolek kan best. Tulah pasal aku nak maki hamun aje siapa yang buat sistem, ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit. Tak payah guna duit kan senang. Eeeeeee...geram aku.
Dah sekali lagi untuk korang semua selamat menyambut bulan keberkatan, dan tingkatkanlah amalan soleh dalam bulan seribu malam ini. Insyallah pahala kelaparan dan tahan nafsu itu akan di beri balasan di syurga. Amin.
Oklah pagi ni aku sahur dengan coklat. Tu ajelah rezeki aku pagi ni, bersyukur. Oklah aku nak blah dulu. Jumpa nanti.

0 orang telah bersuara: